Sistem Kutipan Yuran oleh Yuran.my adalah sebuah sistem yang mengurus pembayaran yuran bagi pelajar-pelajar di sekolah-sekolah tertentu. Sistem ini membolehkan pengguna-pengguna iaitu ibu-bapa membayar yuran mereka secara atas talian dengan mudah dan selamat.
Sistem ini juga membantu pihak pengurusan sekolah untuk mengawal dan mengurus yuran pelajar dengan lebih mudah.
Ada Sistem Maklumat Pelajar Dalam Yuran.my?
Ya, ada.
Sistem ini juga mengandungi modul Maklumat Pelajar yang digunakan oleh sekolah untuk mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengakses data pelajar. Ia menyediakan cara yang mudah bagi sekolah untuk mengelola pelajar mereka secara efisien.
Modul ini menyimpan data tentang nama pelajar, alamat, nombor telefon, umur, jantina, pendidikan, sejarah akademik, dan pelbagai lagi.
Ibu-bapa juga boleh menyemak rekod anak-anak dengan lebih mudah.
Selain memantau pembayaran yuran, ia juga boleh digunakan untuk menguruskan kehadiran, meningkatkan prestasi pelajar, menguruskan kelulusan permohonan, dan meningkatkan komunikasi dengan pelajar. Pengurusan sekolah dapat mengakses data pelajar dengan cepat dan mudah.
Ada Sistem Resit Berkomputer Dalam Yuran.my?
Ya, ada. Modul Resit Berkomputer untuk sekolah adalah satu fungsi yang dapat membantu para guru dan staf sekolah untuk mengeluarkan resit rasmi dalam urusan pembayaran seperti yuran sekolah, bayaran buku, pembayaran fasiliti dan pelbagai lagi kegiatan sekolah.
Modul ini membolehkan pihak pengurusan membuat dan mencetak resit dengan mudah dan cepat.
Yang lebih menarik, modul ini juga boleh digunakan untuk mencatat pembayaran yang telah diterima dan mengira serta menyimpan data pembayaran yang telah diterima. Sangat efektif dan efisien.
Macam Mana Nak Subscribe Yuran.my?
Sila layari https://yuran.my